
We known as Fiz Classic Bridal. We are providing Wedding Services, Wedding Packages, Deco for Pelamin, Deco for Dewan, Solemnization Deco Pelamin or Engagement Pelamin Deco, Hantan or other related wedding service. We located at : Subang Bestari and Selayang Area. For More Info: Please Whatsup or call 0196649422
Make Up by Fiza Know as Fiz Classic Bridal
Ahad, 28 Mac 2010
28th March 2010 @ Intan
Em.. Intan nie salah satu customer yang buat test makeup hari ni.. dia datang untuk ambil pakej baju dan makeup dia di Segamat, Johor. Dia ni recommendation one of customer aku... untuk tgk makeup masa majlis dia nanti... tunggu jer ler 8 May nanti..

Ahad, 21 Mac 2010
21st March 2010 @ Norhana
Ingat lagi minggu lepas aku makeup Hana kat Sg Penchala dia sanding dengan adik dia Nadia. Kali ni dia sanggup bayar aku untuk ke Perak, Teluk Intan... hehhe sanggup dia bayar perjalanan dan makeup untuk khidmat andaman majlis bertandang di rumah mak mertua dia... ada macam Lisa Suriati tak??? kata org la...

Isnin, 15 Mac 2010
14th March 2010 @ Norhana
14th March 2010 @ Nadia
14th March 2010 @ Eila
Em.. story about Eila nie.. sebenarnya aku ada masa sejam jer untuk makeup kan Eila ni... sebab sebelum aku makeup dia aku ada job lain di Sg Penchala... huhuhu aku rasa dia mesti bengang dengan aku time tue sebab aku datang lambat... bukan apa... untuk dia nikah time yang dia bagi kat aku last minit cam ne aku nak arrange masa aku dengan pengantin lain sedangkan pengantin lain 5 bulan sebelum tue dah konpem tarikh dengan aku... Eila ni bagi aku masa 2 minggu je unutk siapkan baju dia dan bagi aku masa untuk dia nikah... isy... susah jugak pening kepala di buatnya.... anyway... aku tetap menjalankan taggungjawab aku sebaik mungkin.... dan inilah hasil nya....

14th Marh 2010 @ Sheina
Nie aku makeup majlis bertandang untuk Sheina... kalau korang perasan aku terlupa letak maskara sebab pagi ni dia datang lambat seperti yang dijanjikan pukul 7 pagi tapi dia datang pukul 8.00 jadi dia dah terlambat untuk ke photoshoot di shah alam... akibatnya nak pakaikan maskara pn terlupa.. nasib baik la lepas photoshoot tue aku hantar org untuk touch up dia..emm... sorry sha... betul2 terlupa..

Sabtu, 13 Mac 2010
13th March 2010 @ Nadia
Untuk hari nie aku ada 2 job makeup pagi tue aku makeup Sheina tuk majlis Sanding dia lepas tue aku lari g Sentul pulak untuk makeup majlis tunang Nadia.. Dia ambil pakej makeup + pelamin + photographer dengan aku.. Senang kan gtue hehehe...
Jaja Outdoor Makeup
12th & 13th Marh 2010 @ Sheina
Sheina... Customer aku yang membuat majis di Sri Gombak, Kl. Untuk dia pakej yang di ambil agak besar jugak jumlahnya bagi aku la... sebab dia ambil 2 pelamin rumah + 4 kali makeup + 2 baju . Yang di Sri Gombak nie baju sanding yang dia ambil dari aku bertemakan gold. Baju hitam gold yang dia pakai adalah baju dia sendiri dan baju yang bewarna Creme pula dipakai masa majlis nikah jugak baju sendiri tapi ditempah di tempat aku.... Baju lace hitam tue...dia pakai masa potong kek. So aku makeup dia waktu di Sri gombak nie ada 3 kali.. nikah, berinai dan sanding...

Selasa, 2 Mac 2010
28th Feb 2010 @ Has
Langgan:
Catatan (Atom)