Make Up by Fiza Know as Fiz Classic Bridal

Ahad, 28 Mac 2010

28th March 2010 @ Intan

Em.. Intan nie salah satu customer yang buat test makeup hari ni.. dia datang untuk ambil pakej baju dan makeup dia di Segamat, Johor. Dia ni recommendation one of customer aku... untuk tgk makeup masa majlis dia nanti... tunggu jer ler 8 May nanti..


Ahad, 21 Mac 2010

21st March 2010 @ Norhana

Ingat lagi minggu lepas aku makeup Hana kat Sg Penchala dia sanding dengan adik dia Nadia. Kali ni dia sanggup bayar aku untuk ke Perak, Teluk Intan... hehhe sanggup dia bayar perjalanan dan makeup untuk khidmat andaman majlis bertandang di rumah mak mertua dia... ada macam Lisa Suriati tak??? kata org la...



Isnin, 15 Mac 2010

14th March 2010 @ Norhana

Ingat tak dulu aku ada makeup Hana nie untuk majlis nikah dia... kali ni dia sanding sekali dengan adik dia... Baju coklat yang dia pakai ni koleksi baju aku yang terbaru... jarang ada orang nak pakai baju kaler coklat nie.. tapi cantik je di kenakan dengan Hana ...



14th March 2010 @ Nadia

Emm hari ni lepas aku makeup Shiena untuk majlis bertandang pepagi lagi aku dah datang umah Nadia nie untuk makeup nikah. Dia bersanding dengan kakak dia Norhana. Majlis persandingan dia kat Sungai Penchala. Baju yang dia pakai adalah koleksi baju baru aku.... Baju design jubah.




14th March 2010 @ Eila

Em.. story about Eila nie.. sebenarnya aku ada masa sejam jer untuk makeup kan Eila ni... sebab sebelum aku makeup dia aku ada job lain di Sg Penchala... huhuhu aku rasa dia mesti bengang dengan aku time tue sebab aku datang lambat... bukan apa... untuk dia nikah time yang dia bagi kat aku last minit cam ne aku nak arrange masa aku dengan pengantin lain sedangkan pengantin lain 5 bulan sebelum tue dah konpem tarikh dengan aku... Eila ni bagi aku masa 2 minggu je unutk siapkan baju dia dan bagi aku masa untuk dia nikah... isy... susah jugak pening kepala di buatnya.... anyway... aku tetap menjalankan taggungjawab aku sebaik mungkin.... dan inilah hasil nya....

14th Marh 2010 @ Sheina

Nie aku makeup majlis bertandang untuk Sheina... kalau korang perasan aku terlupa letak maskara sebab pagi ni dia datang lambat seperti yang dijanjikan pukul 7 pagi tapi dia datang pukul 8.00 jadi dia dah terlambat untuk ke photoshoot di shah alam... akibatnya nak pakaikan maskara pn terlupa.. nasib baik la lepas photoshoot tue aku hantar org untuk touch up dia..emm... sorry sha... betul2 terlupa..

Sabtu, 13 Mac 2010

13th March 2010 @ Nadia

Untuk hari nie aku ada 2 job makeup pagi tue aku makeup Sheina tuk majlis Sanding dia lepas tue aku lari g Sentul pulak untuk makeup majlis tunang Nadia.. Dia ambil pakej makeup + pelamin + photographer dengan aku.. Senang kan gtue hehehe...





Nie pelamin yang aku design tuk dia..

Jaja Outdoor Makeup

Jaja nie makeup outdoor untuk ke majlis Reunion dia dan majlis kahwin kawan dia... so dia datang umah aku untuk makeup... yang nie aku gunakan kaler blue plus black dan blusher kaler bronze lipstik cam biasa natural pink.


12th & 13th Marh 2010 @ Sheina

Sheina... Customer aku yang membuat majis di Sri Gombak, Kl. Untuk dia pakej yang di ambil agak besar jugak jumlahnya bagi aku la... sebab dia ambil 2 pelamin rumah + 4 kali makeup + 2 baju . Yang di Sri Gombak nie baju sanding yang dia ambil dari aku bertemakan gold. Baju hitam gold yang dia pakai adalah baju dia sendiri dan baju yang bewarna Creme pula dipakai masa majlis nikah jugak baju sendiri tapi ditempah di tempat aku.... Baju lace hitam tue...dia pakai masa potong kek. So aku makeup dia waktu di Sri gombak nie ada 3 kali.. nikah, berinai dan sanding...



Masa test Makeup..

Selasa, 2 Mac 2010

28th Feb 2010 @ Has

Has customer yang tinggal di Sri Gombak, KL. Actually aku dapat customer dari link Photographer aku.. Has ni request nak makeup simple and natural katanya tak nak tebal dan simple... so aku pun gunakan kepakaran aku yang ada hehhehe untuk makeup Has nie dan inilah hasilnya yer...