Saturday, March 13, 2010

13th March 2010 @ Nadia

Untuk hari nie aku ada 2 job makeup pagi tue aku makeup Sheina tuk majlis Sanding dia lepas tue aku lari g Sentul pulak untuk makeup majlis tunang Nadia.. Dia ambil pakej makeup + pelamin + photographer dengan aku.. Senang kan gtue hehehe...





Nie pelamin yang aku design tuk dia..

Jaja Outdoor Makeup

Jaja nie makeup outdoor untuk ke majlis Reunion dia dan majlis kahwin kawan dia... so dia datang umah aku untuk makeup... yang nie aku gunakan kaler blue plus black dan blusher kaler bronze lipstik cam biasa natural pink.


12th & 13th Marh 2010 @ Sheina

Sheina... Customer aku yang membuat majis di Sri Gombak, Kl. Untuk dia pakej yang di ambil agak besar jugak jumlahnya bagi aku la... sebab dia ambil 2 pelamin rumah + 4 kali makeup + 2 baju . Yang di Sri Gombak nie baju sanding yang dia ambil dari aku bertemakan gold. Baju hitam gold yang dia pakai adalah baju dia sendiri dan baju yang bewarna Creme pula dipakai masa majlis nikah jugak baju sendiri tapi ditempah di tempat aku.... Baju lace hitam tue...dia pakai masa potong kek. So aku makeup dia waktu di Sri gombak nie ada 3 kali.. nikah, berinai dan sanding...



Masa test Makeup..